Biasanya, umat Islam di negara ini meraikan sambutan Maulidur Rasul dengan berarak sambil mengalunkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Sambutan sebegini agak terlalu biasa dan telah diadakan sejak sekian lama sehingga ada segelintir yang terlupa apakah sebenarnya tersirat di sebalik makna sambutan perayaan ini.
Justeru itu, bagi mencipta kelainan pada sambutan tahun ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Pusat Zakat Melaka serta TV Al Hijrah menganjurkan Karnival Muamalah Islam dan Kempen Jom Berzakat bersempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Melaka, selama lima hari bermula esok.
Berikut ialah aturcara penuh Karnival Muamalah Islam dan Kempen Jom Berzakat sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Melaka tahun 1435H / 2014M bermula Jumaat 10 Januari sehingga Selasa 14 Januari 2014 bertempat di Dataran Pusat Islam Melaka, Jalan Bukit Palah, Melaka anjuran Kerajaan Negeri Melaka, YADIM dan Tv Al-hijrah :
Sumber berita :
-Facebook Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
-Utusan Malaysia
0 Komen:
Catat Ulasan