Masalah lampu limpah Stadium Hang Jebat

 

Perbadanan Stadium Melaka sedang berusaha untuk menaiktaraf lampu limpah Stadium Hang Jebat, Krubong yang bakal menjadi gelanggang pasukan Melaka United dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Tahap kecerahan lampu limpah stadium itu sebelum ini dilaporkan tidak memenuhi tahap kecerahan yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu sekurang-kurangnya seribu laks untuk perlawanan Liga Malaysia diadakan pada sebelah malam.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang dihubungi berkata, tahap kecerahan lampu limpah Stadium Hang Jebat ketika ini sekitar 800 laks serta tidak pernah diselenggara sejak 2005.

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Melaka berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada kontraktor yang dilantik bagi mentaksir peruntukan yang diperlukan bagi menggantikan lampu limpah di stadium berkenaan dengan kosnya dianggarkan mencecah 3.2 juta ringgit.

Buat masa ini katanya perlawanan pusingan pertama Piala FA membabitkan Melaka United menentang Perlis di stadium itu pada 21 Januari depan dan saingan Liga FAM yang bermula pada Mac depan akan diadakan pada sebelah sebelah petang.

Sumber :
Berita Melaka FM
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Masalah lampu limpah Stadium Hang Jebat yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :tahap kecerahan lampu limpah Stadium Hang Jebat ketika ini sekitar 800 laks serta tidak pernah diselenggara sejak 2005. diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top