Sambutan tahun baru 2014 di Bandar Hilir Melaka


MELAKA: Lebih 5,000 pengunjung membanjiri Padang Dataran Pahlawan, Bandar Hilir di sini, bagi meraikan sambutan Ambang Tahun Baru 2014 dan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014, tengah malam tadi.

Pelancaran sambutan itu dimeriahkan dengan persembahan hiburan dan kebudayaan pelbagai etnik di samping sesi penyampaian hadiah cabutan nombor bertuah bagi 100 pengunjung bertuah yang hadir pada acara itu. 

Pelancaran sambutan itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri Datuk Md Yunos Husin mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Turut hadir Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka Abd Kadir Md Idris, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia negeri Datuk Lim Chow Beng dan Pengarah Tourism Malaysia negeri, Jeffri Munir.

Kemuncak acara dimeriahkan dengan kiraan detik jam 12 malam disusuli pertunjukkan bunga api.



Sumber :
Oleh Yusmawati Mhd Yusof ( My Metro )
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Sambutan tahun baru 2014 di Bandar Hilir Melaka yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Sambutan tahun baru 2014 di Melaka, Bandaraya Warisan Hang Jebat diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top