Kemaskini blog list Melaka Blogger


Setelah sekian lama blog list pada "Melaka Blogger" ini dibuka pendaftarannya untuk para blogger yang merupakan orang Melaka atau yang bermastautin lama di Melaka dan menganggap diri adalah sebagai "orang Melaka" atau blogger Melaka, admin dapati ada blog yang sudah lama tidak aktif.

Oleh itu sempena tahun 2014 yang baru tiba ini, admin akan melakukan aktiviti "pembersihan" blog list.  Blog yang didapati sudah tidak aktif selama setahun atau lebih akan dikeluarkan dari senarai.  Jika pemilik blog berkenaan sudah aktif kembali, sila buat permohonan pendafatran baru dengan klik pautan berikut :


Blog list ini boleh dianggap mempunyai fungsi sebagai direktori bagi blog yang khususnya dari atau di negeri Melaka. Ia mempunyai kebaikan dari segi "back link" kepada blog masing-masing dan mewujudkan rangkaian media sosial yang mengumpulkan blogger mengikut daerah masing-masing.

Juga dimaklumkan bahawa mana-mana blogger yang bukan kelahiran Melaka tetapi dianggap sudah duduk lama di negeri Melaka dan artikel blog anda banyak berkaitan dengan aktiviti tempatan, juga dialu-alukan pendaftaran. Sebarkan cerita ini, luaskan jajahan kita...!
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Kemaskini blog list Melaka Blogger yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :proses kemaskini senarai blog list untuk mengeluarkan blog yang didapati sudah tidak aktif selama setahun atau lebih diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top