Adakah anda sudah biasa dengan tabiat minum berdiri?. Jika iya, sila berhenti dengan segera tabiat berkenaan kerana ia mendatangkan masalah kesihatan kepada tubuh kita.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia
melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami
bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”.
Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum automatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.
Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi. Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.
Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras. Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan
membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi
pencernaan.
Rasulullah saw pernah sekali minum sambil
berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk
duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan
merupakan kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam
keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja
keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga
boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.
Ini merupakan kerja
yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara
bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang
merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum. Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf
berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan
dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan
pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak
kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi
usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba,
boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang
parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga
menyebabkan pengsan atau mati mendadak.
Begitu pula makan dan
minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan
memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat
bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku
perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.
Sebagaimana
keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada
kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan
kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi
pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan
minum.