Video Majlis Penyerahan Cek Penaja dan Perasmian Jersi Melaka United


Melaka menyuntik semangat baru untuk mengangkat kembali sukan bola sepak agar terus diminati semua demi mengharungi musim baru Liga Malaysia (Liga FAM) 2014.

Dengan itu, Ketua Menteri yang juga selaku Presiden Melaka United Soccer Association (MUSA), Datuk Seri Idris Haron mengajak semua warga Melaka bersama-sama bersatu hati memberikan sokongan kepada pasukan itu setiap kali turun padang. Beliau yakin pasukan Melaka yang diberi suntikan baru itu akan muncul cemerlang.

Beliau berharap, lebih banyak syarikat swasta tampil membantu dalam memberikan penajaan untuk pasukan itu bergerak ke hadapan.
 



Datuk Seri Idris ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Cek Penaja dan Pelancaran Jersi Melaka United di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. Antara penajanya ialah Mamee-Double Decker Malaysia Berhad, Hatten Group, Melaka Taming Sari Berhad, KAJ Sendirian Berhad serta Syarikat Air Melaka Berhad.


Pada majlis itu juga diperkenalkan kesebelasan tunggak pemain Melaka dibawah kepimpinan Ketua Pasukan, Rashid Mahmod.


Berikut adalah video ringkas semasa hari penyerahan cek penaja dan pelancaran Pasukan Melaka United musim 2014 :





*sumber dari :
-MUSA
-Penyokong Bola Sepak Melaka
-Melaka Tv
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Video Majlis Penyerahan Cek Penaja dan Perasmian Jersi Melaka United yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :acara penyerahan cek dari penaja Melaka United serta sesi memperkenalkan entiti pasukan bagi musim Liga Malaysia (Liga FAM) 2014 di MITC, Melaka diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top