Gambar dari blog "ceritapulau" |
Pulau Besar dikenali sebagai pulau keramat dan pulau fantasi merupakan pulau yang terletak di negeri Melaka, Semenanjung Malaysia. Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.
Pembangunan terkini mengenai Pulau Besar ini ialah penduduk pulau ini bakal menerima bekalan elektrik selama 24 jam. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata, Pulau Besar akan memperolehi bekalan elektrik 24 jam pada penghujung tahun depan
setelah siapnya projek pembekalan tenaga elektrik bernilai RM30 juta
yang sedang dibangunkan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.
Beliau berkata, projek itu dijangka siap pada Ogos 2015 dan menggunakan kaedah kabel atas laut sejauh 4.2 kilometer membabitkan pembinaan 12 menara bermula dari Pantai Siring, Jasin ke pulau peranginan itu.
Katanya, projek yang bakal mempunyai kapasiti 5 megawatt akan dapat memenuhi permintaan masa kini pengusaha pelancongan di pulau berkenaan dan untuk persediaan masa depan.

**Sumber berita dari BERNAMA
0 Komen:
Catat Ulasan