Lencongan keluar di kawasan Melaka Sentral


Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan membuat lencongan keluar di kawasan Melaka Sentral selama tiga hari bermula hari ini bagi melancarkan aliran trafik sempena sambutan Aidilfitri. 

Menurut Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu lencongan itu bermula dari Melaka Sentral dan melalui Pasar Besar Melaka Sentral, jalan bersebelahan Pasaraya Bazar Mydin dan Nagoya Textiles sebelum keluar ke Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin) arah Semabok.
Lencongan itu dibuka dari 7 pagi ini hingga 12 tengah malam Khamis (8 Ogos 2013) kerana aliran trafik dijangka bertambah disebabkan orang ramai yang berkunjung ke Pasar Besar Melaka Sentral dan Melaka Sentral. Bagaimanapun, jelasnya lencongan itu hanya boleh dilalui kenderaan kecil kerana keadaan jalan yang sempit.

MBMB akan meletak papan tanda, kon, anak panah dan lampu tanda bahaya sepanjang 200 meter di Lebuh AMJ bagi memudahkan orang ramai serta melancarkan aliran trafik, terutama pada waktu puncak.
Anggota penguatkuasa MBMB juga akan ditempatkan di kawasan berkenaan bagi memantau keadaan trafik.
Share this article :
Share on FB Tweet Share on G+ Digg Share

Ditulis Oleh : Admin ~ Admin Blog

Ahmad Zaki Anda sedang membaca artikel berjudul Lencongan keluar di kawasan Melaka Sentral yang ditulis oleh Melaka Blogger Segala yang berkaitan di dalam :Lencongan jalanraya sempena peningkatan aliran trafik semasa musim perayaan diperbolehkan menyalin artikel ini untuk tujuan kebaikan sahaja.

Jika anda menyukai artikel di blog ini, silakan melanggan melalui emel dan anda akan mendapat kiriman artikel setiap kali ada artikel yang terbit di Melaka Blogger

0 Komen:

Catat Ulasan

Iklan Usahawan Melaka

ads ads ads
Back to top